ICELAND 2017


KEMBARA ICELAND

↝ 4 BuLaN SeBeLuM ↜
Hi semua...Assalamualaikum....first time buat blog.rasa macam kaku pula..tetiba sahaja rasanya perlu untuk saya meletakan semua memori dalam ingatan ini untuk tatapan pada masa akan datang...
Woooww...rasa semangat yang membuak  mengungkap memori percutian IceLaND tahun lalu...segala-galanya bermula apabila seorang kawan mengajak untuk bercuti bersama..walhal dia (KaLeD*nama samaran) seorang yang suka mengembara secara solo selama ini...Tak tahu la macam mana nak mula 'entry' ini..ahaaaaa...blur semacam...agak-agak dalam masa sebulan baru dapat 'complete'... 

Ok set...dengan mudah jak saya terima pelawaan tersebut...mana tidaknya...'1st time' rasanya keluar dari asia ni...jau lagi tu dekat kutub utara di sebuah kepulauan yang kecil...4  bulan sebelum kita orang terbang, memang merana juga mencari tiket yang murah...sedang kan ni kawan sudah membeli setahun yang awal dengan harga lebih kurang 2k lebih return....ahaaaa...kira murah juga ooo berbanding tiket yang saya dapat 'grabed'....


Bincang punya bincang, wife tidak dapat 'join'...sebab 2 minggu sebelum tu mereka ada'travel group work'di Jakarta dan Bandung...'group' perempuan katakan...


TIKET FLIGHT

⇛⇛hamdulillah, setelah meminta tolong dengan www.skyscanner.com....akhirnya saya pun dapat tiket 'return' yang paling murah masa tu..ahaaaa...rm4k 'something' taw...gigit lidah juga la masa tu...'flight departure' dari Kota Kinabalu⇛Bangkok⇛Oslo⇛Keflavik....ahaaaaa...banyak gila 'transit'...
Bangkok - Bandar Seri Begawan - Kota Kinabalu


Penerbangan dari Keflavik ke Oslo
Tapi kan.....ahaaaa....'flight' balik saya ke SABAH lagi mantap...Keflavik⇛Oslo⇛Bangkok⇛Bandar Seri Begawan⇛Kota Kinabalu....ndak pa...jau perjalan luas pemandangan...selagi tiket belum beli, kamu tahu juga kan macam mana perasaan tu...so tiket kena beli awal dahulu baru rancang yang seterusnya..

Kota Kinabalu - Bangkok - Oslo - Keflavik


GOOGLE SEARCH


Kemudian barulaa penyiasatan bermula...hampir setiap hari lepas balik kerja duduk depan pc..apa tidaknya...ilmu pengetahuan tu sangat...ICELANDARIA...negara kecil dan amat kaya dengan alam ciptaan Nya..negara 4 musim...mempunyai gunung berapi, glasier, air terjun yang cantik dan pantai yang luas...Alhamdulillah En. Wikipedia telah banyak membantu saya...



One of the smallest glaciers of Iceland



One of the beautiful waterfall 

PASSPORT/INTERNATIONAL DRIVING PERMIT

...nah...benda semua ni penting...tapi sampai di Iceland langsung tidak guna ni permit...ahaaa..membazir jak rm150

Passport ready...No need International Driving Permit....ahaaaa





HOMESTAY /TRANSPORT/ITINERARY

....pasal penginapan dan transport ni saya serahkan kepada yang pakar iaitu My Travel Buddy Tuan Kaled...dialah yang atur penginapan kami termasuk pengangkutan yang akan kami gunakan selama berada disana..begitu juga dengan 'itinerary' yang sangat mencabar dan berbaloi sepanjang pengembaraan kami di sana.

The one of our home-stay..that white car is my second wife..ahaaa

FOODS/GROCERIES

.....ni laaa yang paling penting...'rice cooker' ahaaaaa..jgn lupa bawa...beras, makanan tin, serunding dan yang paling penting airtangan ibu serta isteri turut dibawa sekali iaitu sambal bilis pedas yang amat menyelerakan sepanjang menu makan kami di sana serta tauhu goreng dan telur rebus..alaaaaa...terlupa simpan gambar tu sambal bilis sama tu telur rebus dan tauhu..ahaaaaa

Bah, cukup dulu la setakat ni...saya akan 'update' lagi perjalan kami sepanjang pengembaraan tersebut....eheeeee.....


Assalamualaikum semua...semoga sentiasa sihat selalu..jangan lupa kepada Allah s.w.t

https://my.yougov.com/ms/refer/6Dd-yA8dTdckVmK2lEDalA/



Comments

Popular Posts